Ikuti Kami:

Pertemuan Semula Dua Ahli, Hwiyoung SF9 Sertai Rowoon Dalam Drama ‘The Matchmakers’

Pertemuan Semula Dua Ahli, Hwiyoung SF9 Sertai Rowoon Dalam Drama ‘The Matchmakers’

Hwi-young bakal muncul dalam drama “The Matchmakers”!

Pada 27 Oktober, syarikat SF9 iaitu FNC Entertainment telah mengumumkan bahawa Hwi-young bakal menjadi salah seorang pelakon di dalam drama “The Matchmakers”.

Drama “The Matchmakers” mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang berjumpa dan bersaing di dalam pertarungan perkahwinan. Di mana di dalam drama itu, Hwi-young bakal memegang watak sebagai seorang lelaki yang mahir di dalam sastera dan seni mempertahankan diri dan merupakan orang kanan bagi Park Bok-ki iaitu Lee Jwa-rang.

Sebelum ini, Hwi-young telah aktif sebagai pelakon dan banyak membintangi drama seperti “Click Your Heart” dan “Imitation”. Namun, ini drama pertama yang bakal dilakonkannya bersama dengan bekas ahli kumpulan SF9 iaitu Rowoon.

click your heart imitation

Rata-rata peminat meluahkan perasaan teruja untuk menonton gandingan semula ahli serta bekas ahli kumpulan SF9 itu di dalam drama “The Matchmakers”.

Drama ini bakal mula ditayangkan pada 30 Oktober ini.

Mesti hebat kan lakonan mereka berdua nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...