Ikuti Kami:

Ingin Fokus Berlakon, Peminat Teruja Nak Tonton Rowoon Dalam ‘The Matchmakers’

Ingin Fokus Berlakon, Peminat Teruja Nak Tonton Rowoon Dalam ‘The Matchmakers’

Tahun ni banyak juga kan drama Rowoon berlakon?

Siapa sahaja yang tidak mengenali Rowoon, pelakon dengan ketinggian 189CM itu telah banyak memegang watak utama di dalam pelbagai drama popular. Malah, pada tahun ini sahaja pelakon itu telah membintangi dua drama serentak iaitu “Destined With You” yang telah ditayangkan di Netflix dan “The Matchmakers”.

Bagi yang tidak mengetahui, Rowoon telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop SF9 pada tahun 2016. Selepas bertahun aktif bergelar pelakon dan penyanyi, pada bulan September 2023, Rowoon telah membuat kenyataan bahawa dirinya bukan lagi sebahagian dari ahli SF9 dan dia ingin memberikan seluruh perhatiannya terhadap dunia lakonan.

sf9

Rowoon sebelum ini telah banyak memegang watak utama di drama yang popular termasuklah “Tomorrow”, “Extraordinary You”, “The King’s Affection” dan banyak lagi.

Malah, baru-baru ini drama “Destined with You” lakonan Rowoon baru sahaja tamat ditayangkan pada 12 Oktober yang lalu. Drama “Destined With You” itu telah menggandingkan Rowoon bersama dengan Jo Bo-ah yang juga merupakan salah seorang pelakon wanita terkenal di Korea.

rowoon drama

Di dalam drama itu, kita dapat melihat pelbagai sisi romantik dan nakal yang dibawakan oleh Rowoon yang memegang watak sebagai seorang peguam bernama Jang Sin-yu.

Selain itu, keputusan Rowoon untuk fokus di dalam bidang lakonan telah menarik perhatian ramai pihak. Ramai yang tertanya-tanya adakah drama barunya iaitu “The Matchmakers” yang bakal ditayangkan pada 30 Oktober ini bakal berjaya mendapatkan rating yang tinggi seperti drama-dramanya yang lain.

“The Matchmakers” ialah drama yang berkonsepkan melodrama yang telah diadaptasikan daripada komik. Di mana drama ini menceritakan tentang seorang lelaki dan seorang janda yang berjumpa dan bertanding untuk mendapatkan jodoh.

the matchmakers

Di dalam drama ini, Rowoon bakal memegang watak sebagai Shim Jeong-woo, seorang lelaki yang berprinsip serta berpewatakan lucu.

Kata Rowoon,

Sebenarnya saya dah lama nak pegang watak komedi dan tidak dapat saya nafikan komedi ialah genre yang susah. Dalam masa yang sama, saya masih lagi tidak percaya yang saya dapat bawa watak komedi yang dah lama saya idamkan dalam drama kali ini.

Jom kita ramai-ramai sokong drama baru Rowoon pada 30 Oktober ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...