Ikuti Kami:

Plot Menarik, Ini 5 K-Drama Tema Perubatan Bikin Penonton Sentiasa Berdebar

Plot Menarik, Ini 5 K-Drama Tema Perubatan Bikin Penonton Sentiasa Berdebar

Seperti biasa pengarah K-Drama sangat berani mengeluarkan cerita-cerita yang luar biasa.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama best tema perubatan untuk korang tonton.

Hospital Playlist

“Hospital Playlist” bukan sahaja kisah cinta, tetapi ia membuatkan penonton terpinga-pinga dan tertarik dengan setiap plot yang ada. Ia bukan drama saspen mahupun thriller tetapi banyak babaknya membuatkan penonton berdebar-debar. Selain daripada kisah di hospital, dalam setiap episod drama ini juga ada babak di mana semua watak utama nyanyi bersama-sama, memeriahkan lagi cerita ini.

Doctor Stranger

“Doctor Stranger” mengisahkan tentang seorang doktor muda yang melarikan diri dari Korea Utara untuk tinggal semula di Korea Selatan. Walaupun dia telah meninggalkan wanita yang dicintainya di Korea Utara, dia berjanji akan melakukan apa sahaja untuk bersatu semula dengannya. Melalui K-Drama ini, korang akan melihat Lee Jong-suk dalam beberapa adegan aksi paling sukar dalam kerjayanya.

It’s Okay, That’s Love

“It’s Okay, That’s Love” mengisahkan tentang seorang pakar psikiatri dan seorang novelis yang menghidap skizofrenia. Pada mulanya mereka berdua ini saling mengenali tetapi tidak pernah bertentang mata, namun sesuatu perkara telah terjadi dan menyatukan mereka sebagai rakan serumah. Ini mungkin kelihatan sama seperti kisah rom-com yang lain tetapi ia menyelami tentang kesihatan mental dan kerumitan sesuatu hubungan.

Good Doctor 

 

Dalam drama ini, Park Shi-on adalah seorang lelaki muda yang didiagnosis dengan sindrom savant dan mengalami kecacatan perkembangan. Namun kekurangan ini tidak menghalangnya daripada menjadi pakar bedah kanak-kanak. Kebolehan luar biasa ini telah menarik perhatian rakan sekerja dan pesakit yang dia rawat. Siri “Good Doctor” ini diadaptasi daripada cerita Amerika yang diberi tajuk sama.

Life

“Life” merupakan sebuah drama yang mendedahkan tentang kedudukan dan perangai orang mempunyai kuasa. Lee Dong-wook memegang sebagai watak utama (Ye Jin-woo) dalam “Life” sebagai doktor yang berkarisma dan sangat baik. Ye Jin-woo cuba sedaya upaya untuk melawan korupsi yang berlaku di hospital yang dia bekerja.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...