Ikuti Kami:

‘Women Empowerment’, Watak Utama 5 K-Drama Ini Beri Inspirasi Kepada Wanita

‘Women Empowerment’, Watak Utama 5 K-Drama Ini Beri Inspirasi Kepada Wanita

Dalam dunia K-Drama, penonton dihidangkan dengan pelbagai perkara sama ada sinematografi yang indah, jalan cerita yang unik atau watak yang menakjubkan.

K-Drama juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan karya berkisarkan tentang women empowerment, yang telah memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk kekal berjaya.

Mr. Sunshine

Dalam “Mr. Sunshine”, Go Ae-shin (Kim Tae-ri) ialah seorang wanita bangsawan tetapi menjadi penembak berjaya pada waktu malam.

Lebih-lebih lagi, sebagai seorang wanita bangsawan, ianya sukar untuk membayangkan bahawa dia akan menggunakan pistol dan menyembunyikan identiti sebenarnya. Tetapi kerana keinginannya untuk melindungi orang yang disayangi dan rakyatnya, Go Ae-shin menjadi penembak tepat untuk tentera korea Selatan.

My Mister

Lee Ji-an (IU) dalam “My Mister” telah mengharungi banyak kepayahan dalam hidup. Dia kehilangan ibu bapanya dan perlu menjaga neneknya yang sakit sendirian. Di tempat kerja, dia hanya pekerja sementara yang boleh digantikan pada bila-bila masa serta dia tidak dilayan dengan baik oleh rakan sekerjanya sehingga hampir tidak bersinar ketika bekerja.

Namun begitu, Lee Ji-an terus berusaha dan cuba menjalani kehidupan yang baik walaupun tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Di atas segala kepayahan ini, Lee Ji-an cuba untuk hidup dengan kata-kata azimat daripada neneknya bahawa hidup dengan baik adalah dengan cara dia berterima kasih kepada orang yang membantu sepanjang perjalanan hidupnya.

Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Terdapat banyak perkara yang boleh diilhamkan mengenai Kim Bok-joo (Lee Sung-kyung) daripada “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo”. Dia meruntuhkan stereotaip bahawa angkat berat adalah sukan hanya untuk lelaki.

Di tengah-tengah luarannya yang kuat, dia sama seperti gadis muda lain yang mengalami masalah cinta, berkembang dan berjuang untuk impiannya tidak kira apa pun. Kim Bok-joo juga memberitahu penonton bahawa tidak mengapa untuk kalah tetapi apa yang paling penting ialah seseorang itu perlu bangkit semula dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa.

My Name

Kisah Yoon Ji-woo (Han So-hee) adalah tragis, setelah menyaksikan pembunuhan bapanya di hadapan mata tanpa dapat berbuat apa-apa, dan tidak lama kemudian menjadi anak yatim piatu yang sangat ingin membalas dendam. Namun K-Drama ini juga merupakan cerita yang boleh diilhamkan melalui pelbagai adegan.

Untuk membalas dendam bagi pihak bapanya, dia menyertai kumpulan kongsi gelap dan meletakkan dirinya dalam dunia yang sangat merbahaya. Yoon Ji-woo juga belajar untuk terus hidup dengan mengasah kemahirannya sehingga berkembang maju lebih jauh daripada rakan lelakinya. Akhirnya, dia mengetahui bahawa balas dendam tidak menjadikan seseorang itu kuat tetapi ia hanya usaha yang kosong.

Vincenzo

Apa yang mengagumkan tentang Hong Cha-yong (Jeon Yeo-bin) dalam “Vincenzo” ialah bagaimana dia berubah daripada seorang peguam yang mementingkan wang dan kemasyhuran berkhidmat kepada pelanggan yang kaya kepada seorang yang baik.

Pergerakan ini  didorong oleh kematian bapanya, tetapi perkembangan wataknya untuk menghadapi sebuah ‘konglomerat’ yang mendorong penyewa keluar dari rumah dan perniagaan mereka sangat memberi inspirasi. Hong Cha-young juga tidak takut berusaha keras untuk orang yang disayangi. Walaupun ia sangat bermakna bagi dirinya, tanpa disedari dia telah meletakkan diri sendiri dalam bahaya.

Semua cerita best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...