Ikuti Kami:

Plot Kian Menebal, Rating ‘Eve’ Pecah Rekod Peribadi

Plot Kian Menebal, Rating ‘Eve’ Pecah Rekod Peribadi

Mesti korang setuju kalau “Eve” dilabelkan sebagai K-Drama yang paling ‘menggoda’ kini?

Baru 6 episod, drama tvN itu nyata menjadi bualan ramai peminat drama Korea kerana plotnya yang mengundang debaran selain babak matang yang jarang dipaparkan di dalam drama biasanya.

Malah lakonan memukau yang ditonjolkan oleh pelakon utamanya iaitu Seo Ye-ji, Park Byung-eun, Yoo Sun dan Lee Sang-yeob merupakan penambah rasa yang membuatkan siri ini menjadi lebih menarik.

Disebabkan oleh beberapa faktor ini, “Eve” berjaya mengekalkan prestasi yang konsisten dalam catatan ratingnya. Malah untuk episod terbaru ini, ia berjaya mencatatkan angka 3.9% iaitu satu catatan tertinggi sepanjang tayangannya.

tvn eve

Dalam episod kali ini, Lee Ra-el (Seo Ye-ji) dilihat semakin berani dengan pelan pembalasan dendamnya apabila mula melagakan pasangan suami isteri iaitu Kang Yoon-gyeom (Park Byung-eun) dan Han So-ra (Yoo Sun).

Untuk pengetahuan, “Eve” ialah drama romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang mahal.

Hebatlah “Eve”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...