Ikuti Kami:

Plot Kian Menebal & Mendebarkan, Rating ‘Blind’ Jatuh Ke 1%

Plot Kian Menebal & Mendebarkan, Rating ‘Blind’ Jatuh Ke 1%

Nampaknya “Blind” mengalami krisis kini apabila ratingnya pada saban episod terus menunjukkan penurunan.

Terbaru, episod ke-5 drama jenayah thriller itu mencatat rating terendah sepanjang tayangan iaitu 1.8%. Bahkan ianya sedikit ketinggalan berbanding ‘rakan drama’ dalam slot yang sama iaitu “The Golden Spoon” dan “One Dollar Lawyer”.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ini, Sung Joon (Ok Taec-yeon) terpaksa melarikan diri daripada mata orang ramai dan rakan-rakannya sendiri apabila dituduh sebagai suspek utama untuk kes pembunuhan bersiri ‘Joker’. Malah semakin mendebarkan apabila Sung Hoon (Ha Seok-jin), abangnya sendiri telah melaporkan keberadaannya pada pihak berkuasa.

tvn blind

Walau bagaimanapun, penonton menarik nafas lega apabila lelaki itu tetap dalam diam membantu adiknya dan membuat keputusan berkenaan supaya dapat membantunya membersihkan nama sendiri.

Untuk pengetahuan, “Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

Apa pendapat korang mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...