Ikuti Kami:

Pembunuh Misteri & Pembunuhan Pelik, Episod Awal ‘Blind’ Raih Rating Biasa

Pembunuh Misteri & Pembunuhan Pelik, Episod Awal ‘Blind’ Raih Rating Biasa

Peminat drama thriller jenayah pastinya tak akan terlepas untuk menonton drama baru “Blind” di tvN.

Sinopsis

“Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

Dipenuhi misteri

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula dengan beberapa kanak-kanak yang melarikan diri dan ada yang terbunuh apabila dikejar seorang pembunuh bernama Crazy Dog. Walaupun tidak diceritakan secara spesifik namun kes itu mungkin berkaitan dengan segala yang terjadi pada pada masa kini.

tvn blind

Membawa ke masa hadapan, Ryu Sung-jun (Ok Taec-yeon) merupakan seorang detektif yang berdedikasi terhadap kerjanya meskipun mempunyai teknik berlainan apabila mengejar penjenayah, Kali ini, dia disajikan dengan kes pembunuhan seorang wanita di mana dia dicekik sehingga mati, mulutnya dikoyakkan sebanyak 5cm sebelum dibuang di tanah lapang.

Pelbagai klu yang cuba dibongkarkan, sepertinya bapa si mati mempunyai kaitan dengan kes kanak-kanak yang dikejar di awal cerita dan berkemungkinan Sung-jun adalah antara mangsa pada ketika itu. Malah drama ini sepertinya memberikan gambaran bahawa detektif itu mungkin ialah psikopat dan terlibat sama dengan kes ini.

tvn blind

Rating biasa

Untuk episod pertama, “Blind” berjaya meraih rating sebanyak 3.4% membuktikan ramai yang menantikan ia bersiaran. Walau bagaimanapun, angka itu menurun dengan drastik kepada 2.4% berkemungkin besar kerana sedikit berselisih dengan episod akhir “Big Mouth”.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...