Nampaknya peminat K-Drama dah ada naskhah kegemaran yang baru kini!
“Doctor Cha” membawa kisah seorang wanita yang 20 tahun mengabdikan dirinya sebagai suri rumah namun kembali menjadi doktor residen tahun pertama selepas lelah menghadapi perangai ahli keluarga yang tak hiraukan keadaannya.
Bermula dengan 4% semasa episod pertama, drama JTBC itu kini menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya mencecah rekod 11.7% selepas baru bersiaran 4 episod sahaja. Wow!
Dalam episod terbaru ini, Cha Jung-sook terpaksa menghadapi kekalutan sebagai doktor tahun pertama seperti dimarahi doktor senior yang jauh lebih muda. Malah dia jaga terpaksa berlakon tidak mengenali suaminya yang dalam diam bermain cinta dengan doktor lain.
Menjengah komen penonton, rata-ratanya memuji “Doctor Cha” kerana berjaya menggabungkan elemen komedi, sedih, dan geram ke dalam drama ini lantas rencahnya membina plot yang sempurna.
Bagi yang tak tahu, korang boleh menonton di Netflix juga!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily