Ikuti Kami:

Suri Rumah Kembali Jadi Doktor, Episod Awal ‘Doctor Cha’ Raih Rating Baik

Suri Rumah Kembali Jadi Doktor, Episod Awal ‘Doctor Cha’ Raih Rating Baik

Bukan nak kata, tapi drama Korea yang memaparkan kisah watak dewasa juga sebenarnya seronok ditonton.

Salah satu daripada naskhah yang membawa kisah sedemikian ialah “Doctor Cha” di mana ia membawa kisah seorang surirumah yang kembali menjadi doktor selepas lelah menghadapi perangai ahli keluarga yang tak hiraukan keadaannya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton dapat melihat bagaimana Cha Jung-seok (Uhm Jung-hwa) yang hanya hidup demi keluarganya selama 20 tahun. Selepas menjalani pembedahan yang hampir meragut nyawa dan menerima organ baru, wanita itu menyahut cabaran untuk kembali menyambung kerjayanya sebagai doktor residen.

netflix doctor cha

Malah lebih mengujakan apabila Cha Jung-seok tidak lagi menghiraukan suami yang selalu merendah-rendahkan dirinya selain ibu mertua yang ‘demanding’ apabila dia mula mengejar impian yang sekian lama terkubur.

Penonton nyata teruja ingin mengetahui apakah akan berlaku pada Cha Jung-seok apabila dia menjadi doktor residen dan dipertanggungjawabkan di bawah Doktor Choi Seung-hee (Myung Se-bin) yang merupakan wanita simpanan suaminya, yang turut bekerja di hospital yang sama.

netflix doctor cha

Untuk episod awal ini, “Doctor Cha” meraih rating sebanyak 4.9% untuk episod pertamanya sebelum menaik hampir dua kali ganda semasa tayangan episod kedua dengan catatan 7.4%. Hebat!

Korang dah layan ke? Ada kat Netflix tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...