Nampaknya peminat K-Drama dah ada naskhah baru yang bakal membuatkan hati mereka berbunga-bunga!
“Castaway Diva” membawa kisah seorang remaja berusia 15 tahun yang terperangkap di kepulauan terpencil semasa melarikan diri dari ayahnya yang kuat mendera. Selepas berbelas tahun hidup tersisih, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh dua lelaki yang mempunyai sejarah mendalam dengannya.
Dalam episod awal ini, penonton dibawa mengenali watak Mok-ha (Park Eun-bin) yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia moden selepas berbelas tahun hidup terasing. Malah dia kemudiannya membina hubungan berselirat dengan adik beradik, Bo-geol (Chae Jong-hyeop) dan Woo-hak (Cha Hak-nyeon) yang mempunyai personaliti berbeza.
Ketika tayangan episod pertama, “Castaway Diva” meraih rating sebanyak 3.1% sebelum meningkat ke 5.1% pada episod seterusnya. Melihatkan peningkatan ini, ternyata semakin ramai yang memaparkan kekuatan untuk terus menonton siri ini pada masa akan datang.
Korang dah layan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.