Ikuti Kami:

Pilih Wanita Israel Jadi Model, Peminat Enggan Sokong Selebriti Korea Sebagai Duta ‘DIOR’

Pilih Wanita Israel Jadi Model, Peminat Enggan Sokong Selebriti Korea Sebagai Duta ‘DIOR’

Selain aktif dalam dunia hiburan, ada ramai selebriti Korea yang turut menjadi duta dan model untuk jenama mewah.

Selain jenama lokal, beberapa selebriti popular seperti Ji-soo BLACKPINK, Ji-min BTS, Cha Eun-woo, Hae-rin NewJeans, TXT, Han So-hee dan ramai lagi pernah bekerjasama dengan Dior, sama ada sebagai duta, model atau membuat penampilan khas untuk jenama tersebut.

Namun baru-baru ini, Dior telah menggantikan Bella Hadid dengan wanita Israel iaitu May Tager sebagai model untuk jenama itu, selepas Bella Hadid dilihat lantang bersuara dalam menyokong Palestin.

Oleh itu, ramai yang menganggap bahawa ini adalah tindakan memalukan oleh Dior, kerana mereka dengan jelas menyokong Zionis.

Namun dipetik dari artikel Beauty Crew, Bella Hadid didakwa telah meninggalkan Dior sejak Mac lalu, untuk menjadi ‘wajah’ buat Charlotte Tilburry.

Sehubungan dengan itu, peminat dengan tegas telah menyatakan pendapat mereka untuk tidak akan memberikan sokongan buat mana-mana selebriti Korea yang bekerja untuk jenama itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...