Ikuti Kami:

Pihak ‘Yumi’s Cells’ Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Ke-3

Pihak ‘Yumi’s Cells’ Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Ke-3

Ramai rasanya yang sedang menantikan musim ketiga “Yumi’s Cells” kan?

Dalam episod terakhir musim kedua, Yu-mi dilihat meneruskan kehidupan sendirian apabila hubungannya bersama Yoo Ba-bi tidak dapat diselamatkan. Pun begitu, Go Woong kekal menaruh harapan untuk bersama wanita itu selain watak baru iaitu Shin Soon-rok diperkenalkan di penghujungnya.

Ulas pihak drama itu mengenai kemungkinan musim ketiga,

Sebanyak mana anda menyukai musim pertama dan kedua, terdapat jangkaan yang tinggi buat musim ketiga. Jadi, saya bersyukur.

tving yumi's cells 3

Tambahnya lagi,

Naskhah ini baru sahaja tamat dan disebabkan ianya bergerak dalam sistem bermusim panjang. Jadi, pihak produksi mahu berehat dahulu.

Untuk pengetahuan, pelanggan berbayar untuk “Yumi’s Cells 2” terus menduduki tangga pertama sepanjang tayangan selain menerima respon positif dari penonton luar negara.

“Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

Harapnya kami tak perlu menunggu lama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...