Ikuti Kami:

“Pihak Produksi ‘Running Man’ Stress Bila Baca Komen Negatif” – Yoo Jaesuk

“Pihak Produksi ‘Running Man’ Stress Bila Baca Komen Negatif” – Yoo Jaesuk

Bukan mudah apabila kita cuba memuaskan hati semua orang. Task semestinya apa yang kita lakukan dapat diterima semua.

Menerusi episod khas “Membawa Pulang Hanyalah Alasan” di saluran YouTube ‘Ji Sukjin’s World’, Yoo Jae-suk yang turut ditemani Kim Jong-kook bersama Ji Suk-jin sebagai hosnya telah berkongsi lebih mengenai komen penonton,

Awak tahu kan kita dapat banyak komen dari penonton? Tapi bergantung pada kandungan, ada yang merasakan ia kelakar dan ada yang tidak. Tapi tetap ada yang menulis komen, ‘Ia tak kelakar’, ‘Apa yang kelakarnya?’ dan lain-lain. Saya tak prasa perlu meninggalkan komen seperti itu kerana semua orang ketawa bagiperkara berbeza.

ji sukjin yoo jaesuk kim jongkook

Tambahnya, komen yang mengkritik secara berhemah adalah okay sahaja tapi komen penghinaan seperti ‘bosan’ dan sebagainya akan membuatkan pihak produksi tak bersemangat. Dia menekankan,

Ini ialah tempat kerja pihak produksi, kan? Orang lain yang bekerja di tempat lain perlu menghormati satu sama lain dan mempunyai adab. Saya faham komen kritikan pada kami tapi pendapat tak berasas atau beradab tak akan diambil serius oleh kami, sejujurnya.

ji sukjin yoo jaesuk kim jongkook

Tambah Kim Jong-kook,

Kalau awak tak cakap berdepan dengan saya, jadi saya tak akan dengar.

Jelas Yoo Jae-suk lagi, sebenarnya tiada komen adalah lebih baik daripada sebarang komen jahat. Ini kerana ada yang menganggap bahawa mereka tidak berasa apa-apa apabila dihentam sebegitu.

ji sukjin yoo jaesuk kim jongkook

Selit Ji Suk-jin pula,

Ada yang menganalisis rancangan kami. Kami sangat berterima kasih, tapi kami tahu kalian berkata begitu untuk menyakitkan hati kami.

Untuk pengetahuan, Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook merupakan ahli tetap “Running Man” di mana ia merupakan rancangan SBS yang sudah berlangsung selama 13 tahun lamanya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...