Sudah 13 tahun bersiaran, tiada siapa yang pasti apa nasib “Running Man” pada masa akan datang.

Terbaru, Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk berbincang lebih mengenai masa hadapan program itu menerusi episod khas ‘Ji Sukjin’s World’. Meskipun disertai Kim Jong-kook pada awalnya, namun lelaki berbadan sasa itu pulang ke rumah terlebih dahulu kerana sudah sampai ke tempat tinggalnya.
Bicara tentang hal itu bermula apabila Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk berpuas hati dengan pencapaian baik “Running Man” pada awal tahun 2023.
Kami bekerjasama untuk melakukan yang terbaik.
Tambah Yoo Jae-suk,
Saya pernah berkata bahawa kita perlu mengambil risiko. Jika ia mendapat respon positif makan baiklah tapi jika tidak pun tak apa.
Gurau Ji Suk-jin,
Jika tak jadi, maknanya kita kena salahkan diri sendiri.
Balas pengacara No 1 itu pula,
Kita perlu bersedia untuk bungkus dan bubar.
Respon Ji Suk-jin bersetuju,
Kita kena pastikan yang kita berjaya.
“Running Man” fighting!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉