Ikuti Kami:

Peserta ‘Produce 101’ & Pelakon Lee Jihan Disahkan Meninggal Dunia Dek Tragedi Itaewon

Peserta ‘Produce 101’ & Pelakon Lee Jihan Disahkan Meninggal Dunia Dek Tragedi Itaewon

Masih lagi menjadi perbualan ramai, ada lagi berita sedih buat peminat K-Pop berkaitan tragedi maut di Itaewon.

Terbaru, peserta “Produce 101 Musim ke-2” iaitu Lee Ji-han dilaporkan meninggal dunia semasa kejadian kesesakan semasa sambutan Halloween itu.

Hal itu turut disahkan oleh rakan peserta lain iaitu Park Hee-seok dan Kim Do-hyun menerusi Instagram Story mereka.

lee jihan itaewon

Tulisnya,

Pusat Pengebumian

Mendiang Lee Ji-han

30 Oktober 2022

Ji-han telah meninggalkan dunia ini untuk pergi ke tempat yang lebih selesa.

Sila ucapkan selamat tinggal sementara dia ke tempat pengakhiran.

Ketua Berkabung: Lee Jong-cheol, Cho Mi-eun, Lee Ga-young

Lokasi: Dewan 8 Pengebumian Myeongji

Disebabkan tempatnya terhad, pelawat untuk pengebumiannya hanya dibenarkan masuk bermula 2 petang esok.

lee jihan itaewon

Dalam pada itu, agensinya turut mengesahkan berita tersebut,

Memang benar Lee Ji-han meninggal dunia ketika insiden Itaewon pada 29 Oktober itu.

Kami berharap bahawa ia tidak benar, tapi apabila mendengar perkhabaran itu, kami benar-benar terkejut. Kami mengutarakan hal ini dengan berhati-hati kerana kelurganya yang berada dalam kesedihan kini. Kami mendoakan si mati.

Untuk pengetahuan, Lee Ji-han merupakan peserta “Produce 101 Musim Kedua” dan berada pada ranking 98 sebelum dikeluarkan ketika pusingan pertama. Sejak debutnya, dia aktif sebagai pelakon dan pernah muncul dalam drama web “Today Was Another Nam Hyun Day”.

Salam takziah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...