Ikuti Kami:

G-Dragon BIGBANG Peringati Mangsa Tragedi Maut Di Itaewon

G-Dragon BIGBANG Peringati Mangsa Tragedi Maut Di Itaewon

Korea Selatan hari ini berkabung selepas kematian yang ramai disebabkan oleh insiden meragut nyawa berlaku di Itaewon kelmarin,

Malam semalam, lebih 100,000 ribu individu berkumpul berhampiran Hotel Hamilton di Itaewon-dong, Yongsan-gu, Seoul bagi meraikan malam sambutan Halloween. Walau bagaimanapun, kemeriahan itu bertukar tragedi apabila keadaan yang sesak menyebabkan ada yang terkena serangan jantung dan tercedera selain ramai yang menghembuskan nafas terakhir di situ.

Rata-rata selebriti turut berkongsi ucapan sedih bagi mengingati individu yang menjadi mangsa, antaranya entri G-Dragon yang turut menarik perhatian ramai. Tulisnya,

Berdoa buat Itaewon.

Sementara di entri berasingan,

#PrayForItaewon Selemat beristirehat buat mangsa dan salam takziah kepada keluarga. Semoga yang terlibat segera sembuh.

Menurut Jabatan Bomba, angka kematian mencecah 151 orang (54 lelaki, 97 wanita) setakat hari ini dan 82 tercedera (19 kecederaan serius dan 63 kecederaan ringan). Dek insiden ini, kerajaan telah mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negara dari hari ini hingga 5 November nanti.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...