Tak sia-sia Ha Jung-woo kembali ke dunia K-Drama buat “Narco-Saints” apabila drama itu berjaya membawa kejayaan dalam karier lakonannya.
BACA: “Saya Tiada Fikiran..” – Pengarah Ulas Kemungkinan Musim Kedua ‘Narco-Saints’
Pada hari ini, telah berlangsung acara ‘Anugerah Drama Korea 2022’ di Pusat Kesenian dan Budaya Gyeongnam, Seoul. Disebabkan COVID-29, majlis berkenaan buat pertama kali berlangsung secara behadapan selepas 3 tahun.
Bagu ‘Anugerah Utama’ atau pun ‘Daesang’, ianya telah dianugerahkan buat Ha Jung-woo bagi lakonan mantap yang ditonjolkan dalam “Narco-Saints” baru-baru ini.
Ucapnya berterima kasih,
Saya menerima anugerah pertama buat drama. Saya tak pasti nak meletakkan diri di mana kerana menerima anugerah seawal ini.
Lelaki berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat staf, pengarah dan pelakon lain yang menjayakan siri Netflix itu.
Dalam pada itu, “Drama Terbaik” dimenangi oleh “Extraordinary Attorney Woo” dan ucapan diberikan oleh pihak produksi A Story.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.