Ikuti Kami:

“Saya Tiada Fikiran..” – Pengarah Ulas Kemungkinan Musim Kedua ‘Narco-Saints’

“Saya Tiada Fikiran..” – Pengarah Ulas Kemungkinan Musim Kedua ‘Narco-Saints’

Disebalik kejayaan “Narco-Saints”, tersimpan penat lelah pengarah Yoon Jong-bin bagi menjayakannya.

Khabarnya, pasukan produksi terpaksa dibubarkan dan penggambaran di luar negara juga dibatalkan dek penyebaran wabak COVID-19 yang meluas pada ketika itu. Jelas lelaki tersebut,

Ianya tiada harapan. Kami tak boleh menjalani penggambaran di gunung belakang rumah saya dan mengatakan ianya Amerika Selatan kan? Jadi, saya tak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu.

yoon jongbin narco-saints

Pun begitu, bila ada kemahuan pastinya ada jalan. Pengarah berkenaan terjumpa sebuah tempat yang boleh dijadikan sebagai kediaman Jeon Yo-hwan (Hwang Jung-min) di sebuah kafe di Jeju yang dilawatinya ketika bercuti.

Saya merasakan suasana Amerika Selatan di kafe itu.

Dengan kuasa grafik komputer, pokok kelapa dihidupkan manakala gunung dan pokok ru dipadam. Babak tembak-menembak di Brazil yang tular sebenarnya dirakam di ladang kelapa di Jeju. Malah benih pokok tropika ditanam dan disemai menjadi pokok manakala jalan juga diturap bagi memastikan trak boleh melepasinya.

Bukan sahaja menggadai tenaga, malah lelaki ini juga menghidapi ulser gastrik dan ulser perut bagi memastikan kejayaan “Narco-Saints”,

Pengarah Korea selalunya tak tahu yang mereka menjamin kehidupan untuk projek sendiri. Kalau nak menang Emmys seperti ‘Squid Game’, awak kena hilang gigi seperti pengarah Hwang Dong-hyuk.

narco-saints 2

Untuk jangkaan musim kedua pula, jawabnya,

Meskipun ada penonton yang membuat spekulasi bahawa ada USB dengan lokasi tempat penyimpanan kokain tersorok di dalam bola besbol itu dan menantikan musim kedua, saya mahu mengatakan yang saya tidak berfikiran sebegitu. Saya tak pasti sekiranya ia akan digilai ramai seperti ‘Squid Game’, tapi projek saya seterusnya berkemungkinan ialah filem.

Siri Netflix “Narco-Saints” ini mengisahkan mengenai seorang ‘raja’ dadah yang beroperasi di Amerika Syarikat namun, aktivitinya mula menjadi tumpuan Perkhidmatan Perisikan Negara.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...