Utama Rancangan Hiburan “Pertama Kali Dengar..” – Wajah Disamakan Dengan Yoo Jaesuk, Ini Respon Jung...

“Pertama Kali Dengar..” – Wajah Disamakan Dengan Yoo Jaesuk, Ini Respon Jung Sungil

jung sungil yoo jaesuk

Betul lah orang kata dalam dunia ini ada 7 orang yang berwajah seiras. Mungkin itu sebabnya ramai yang mengatakan Jung Sung-il dan Yoo Jae-suk memiliki wajah yang saling tak tumpah.

Selepas bertemu di “You Quiz On The Block” baru-baru ini, pelakon “The Glory” itu sekali lagi ditanya mengenai wajahnya yang seiras dengan pengacara No 1 di Korea itu menerusi sebuah temubual eksklusif baru-baru ini,

Saya tak pernah mendengar mengenainya sebelum ini dan saya pertama kali mendengarnya selepas membintangi drama ini. Dia merupakan seorang yang hebat.

jung sungil yoo jaesuk

Jelasnya tersenyum,

Gambar profil KakaoTalk saya ialah gabungan foto wajah antara Yoo Jae-suk dan saya. Saya menggunakannya dengan gembira.

Bagi yang tidak mengetahui, Jung Sung-il membintangi “The Glory” dengan watak Ha Do-young iaitu suami Park Yeon-jin (Im Ji-yeon) yang membuli di sekolah dan menjadi sasaran mangsanya, Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) apabila dewasa.

Korang rasa dorang sama ke tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSPOTV News
Loading...