Dibarisi pelakon hebat serta plot unik, “Squid Game” berjaya meraih perhatian peminat K-Drama di seluruh dunia.
Bukan sahaja popular di Korea malah ia berjaya menduduki No 1 di ranking Netflix beberapa negara seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kuwait, Filipina, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Bolivia, Ecuador, Jamaica, Jordan, Kuwait, Morocco, Oman, Peru, Qatar, US, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan semestinya Malaysia. Malah ia duduk selesa di tangga ketiga dalam ranking Netflix Global.Dalam pada itu, “Hometown Cha Cha Cha” turut tersenarai di tangga ke-7 di dalam ranking tersebut.
Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.
Anda dah habis layan belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.