Ending Jadi Persoalan, Ini Kemungkinan Plot Musim Kedua ‘Squid Game’

netflix squid game

Popular sungguh drama “Squid Game” di serata dunia, sampaikan ia mencipta rekod baru buat K-Drama di Netflix.

Pengakhiran penuh persoalan

Tamat dengan persoalan yang terus bermain di benak penonton hingga kini, pasti ramai yang dah tak sabar menantikan musim kedua drama ini. Meskipun hanya bersiaran sebanyak 9 episod namun ianya mampu membuatkan semua tak senang duduk sehingga ke akhirnya. Disebabkan oleh kepuasan itu, semua mahukan sambungan kepada “Squid Game”.

[Amaran SPOILER]

Di penghujung cerita, Ki-hoon (Lee Jung-jae) yang sepatutnya berangkat ke Amerika Syarikat bagi berjumpa dengan anaknya berubah hati selepas terjumpa dengan watak Gong Yoo, yang sedang merekrut orang lain untuk permainan ‘Squid Game’ itu. Berjaya mendapatkan nombor telefon yang baru, dia menghubungi Front Man atau Hwang Jin-ho (Lee Byung-hun) dan mencabarnya untuk membongkarkan permainan itu kepada dunia.netflix squid game

Kemungkinan plot musim kedua

Bagi memuaskan hati mereka sendiri, ramai yang mula meneka dan berimaginasi bagaimana musim kedua “Squid Game” akan dikembangkan nanti.

Antara daripada tebakan ramai ialah watak Oh Il-nam berkemungkinan merupakan bapa Ki-hoon daripada klu yang ditinggalkan sepanjang drama ini. Ianya bermula apabila watak ibu lelaki itu sahaja yang diperkenalkan pada episod awal drama tersebut namun digambarkan bahawa ayahnya juga berkemungkinan berusia sebaya dengan lelaki tua berkenaan.

Semasa permainan guli, Oh Il-nam asyik ke sana dan ke mari sambil mengatakan bahawa set kejiranan tersebut lebih kurang sama dengan perumahan yang pernah didudukinya dahulu malah Ki-hoon juga berkongsi bahawa dia juga pernah tinggal di kawasan serupa dengannya.

Selain daripada itu, Ki-hoon ada mengatakan bahawa dia sangat suka bermain ‘squid game’ semasa kecil dan Oh Il-nam pula menceritakan bahawa anaknya sangat gembira apabila memenangi permainan tersebut. Katanya, kegembiraan jelas terpancar daripada wajah anaknya apabila dia melihat di sebalik tiang elektrik.netflix squid gameKlu lain ialah apabila Oh Il-nam terserempak dengan Ki-hoon di sebuah kedai serbaneka dan orang tua itu mengatakan bahawa mereka sepertinya berjodohan.

Selain daripada itu, ramai juga menebak bahawa musim kedua akan menyaksikan pertempuran antara Ki-hoon dan Front Man selain pendedahan identiti Gong Yoo sebenarnya. Malah mungkin ia akan menyingkap dengan lebih mendalam mengenai latar belakang permainan tersebut secara keseluruhannya.

[SPOILER Tamat]

Banyak betul teori yang timbul kan? Nampaknya semua memang tak sabar menantikan sambungan “Squid Game”.

Pun begitu, masih belum ada laporan spesifik mengenai musim kedua drama asal Netflix ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

2 KOMEN

Leave a Reply