Utama Drama Korea ‘Sweet Home’ Kalah, ‘Squid Game’ Pecah Rekod & Catat Skor Tertinggi Bagi...

‘Sweet Home’ Kalah, ‘Squid Game’ Pecah Rekod & Catat Skor Tertinggi Bagi K-Drama Di Netflix

sweet home squid game

Mungkin kerana jalan ceritanya yang unik dan mendebarkan, “Squid Game” ternyata menjadi kegilaan ramai peminat K-Drama di seluruh dunia.

Bukan sahaja meraih kedudukan yang tinggi di Netflix Global, malah drama itu katanya berjaya memecahkan rekod sebagai skor paling banyak dicatatkan bagi drama Korea di Netflix dalam masa tiga hari sahaja ia ditayangkan.

Berjaya mendapat skor sebanyak 712, ianya sekaligus berjaya menandingi rekod “Sweet Home” yang mencatat rekod tertinggi sebanyak 562 sebelum ini. Hebat kan?squid gameUntuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Yang belum tengok, jangan lupa untuk layan di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...