Kecantikan Suzy telah menarik perhatian ramai.
Foto-foto terbaru Suzy yang juga merupakan seorang pelakon berbakat serta bekas ahli kumpulan miss A telah dikongsi dengan kapsyen,
Bermula dari tahun baru, kecantikan Hanbok (pakaian tradisi Korea) Suzy dipertontonkan.
Di dalam foto belakang tabir yang dikeluarkan baru-baru ini untuk majalah Elle Korea edisi Januari 2024, Suzy telah tampil elegan di dalam Hanbok, memberi tumpuan sepenuhnya dalam penggambaran.
Dalam masa yang sama, kehadiran Suzy yang anggun dan mempersonakan seperti bidadari telah mendapat pujian ramai serta menyebabkan rata-rata mereka yang telah melihat gambar-gambar tersebut kagum dengan kecantikannya.
Terlebih dahulu, Suzy telah memilih drama terbaru Kim Eun-sook iaitu “Everthing Will Come True” sebagai projeknya yang akan datang.
Drama romantik komedi yang mengandungi 12 episod ini telah dijadualkan untuk tayang pada tahun 2024.
Cantik sangat kan Suzy!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.