Ikuti Kami:

Bawa Watak Misteri, Ahn Eunjin Dijangka Sertai Kim Woobin & Suzy Dalam ‘Everything Will Come True’

Bawa Watak Misteri, Ahn Eunjin Dijangka Sertai Kim Woobin & Suzy Dalam ‘Everything Will Come True’

Ahn Eun-jin akan kembali membintangi drama terbaru?

Pada 27 November, MBC telah menyatakan bahawa Ah Eun-jin dijangka bakal membintangi drama “Everything Will Come True” yang ditulis oleh penulis skrip terkenal, Kim Eun-sook.

Drama ini merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan tentang Genie (Kim Woo-bin) yang terlalu emosi dan memegang kuasa ke atas kehidupan serta kematian seseorang Ga-young (Suzy), seorang wanita yang mempunyai tiga permintaan.

Di dalam drama itu, Ahn Eun-jin diberikan watak seorang wanita misteri yang tinggal serumah dengan Ga-young. Di mana, segala perbuatannya yang misteri akan meningkatkan lagi momentum di dalam drama tersebut.

ahn eunjin

Terlebih dahulu, Ahn Eun-jin baru sahaja membintangi drama “My Dearest” bersama Namgoong Min. Malah, drama itu telah berjaya mencapat rating sebanyak 17.8%. Ianya telah membuatkan peminat semakin teruja untuk menyaksikan lakonan Ahn Eun-jin di dalam drama barunya yang akan datang.

Sementara itu, drama “Everything Will Come True” ini akan mempunyai sebanyak 12 episod dan dijadualkan tayang pada 2024.

Wah! Tak sabarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...