Ikuti Kami:

Bekerja Tanpa Henti, Kim Woobin Aktif Memenuhi Kaca TV Sehingga Penghujung 2024

Bekerja Tanpa Henti, Kim Woobin Aktif Memenuhi Kaca TV Sehingga Penghujung 2024

Kim Woo-bin kembali aktif dalam pelbagai bidang dan bakal menemui peminat dengan lebih lagi bermula penghujung tahun ini.

Kim Woo-bin yang sedang aktif sebagai ahli tetap di dalam rancangan hiburan “Reap What You Sow” bersama Lee Kwang-soo, Do Kyung-soo dan Kim Ki-bang bakal membintangi beberapa buah drama serta filem pada 2024.

Pelakon itu akan memulakan tahun 2024 dengan filem barunya bersama dengan Kim Tae-ri dan Ryu Jun-yeol iaitu “Alienoid: Part 2” yang akan ditayangkan bermula pada bulan Januari 2024.

_woobin

Dalam masa yang sama, Woo-bin juga telah mengesahkan penampilannya di dalam filem terbaru Netflix yang akan datang iaitu “Martial Arts Officer”. Di mana, dia akan membawakan watak sebagai seorang lelaki yang mahir di dalam pelbagai seni mempertahankan diri.

Tidak berhenti di situ, Kim Woo-bin juga akan kembali bekerjasama dengan penulis skrip bagi drama “The Heirs” iaitu Kim Eun-sook di dalam drama “Everything will Come True”.

Malah, drama ini juga antara drama yang paling dinantikan oleh peminat kerana ianya akan menggandingkan semula Kim Woo-bin bersama dengan Suzy selepas gandingan mereka di dalam drama “Uncontrollably Fond” 7 tahun yang lalu.

suzy woobin

Dengan cara ini, Kim Woo-bin secara tidak langsung telah mengumumkan bahawa dia akan aktif dalam pelbagai bidang seperti hiburan, filem dan drama sehingga penghujung tahun hadapan.

Pelakon yang sedang melakukan pelbagai transformasi dalam setiap karya dan menunjukkan pelbagai sisi yang berbeza ini dijangka akan memikat hati ramai lagi penonton selepas ini.

Karya Kim Woo-bin yang mana paling korang nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...