Ikuti Kami:

“Dia Pernah Dikritik Sebab..” – Kim Woobin Dedah Perangai Sebenar Lee Kwangsoo

“Dia Pernah Dikritik Sebab..” – Kim Woobin Dedah Perangai Sebenar Lee Kwangsoo

Selain seorang penghibur yang tidak pernah gagal bikin penonton tertawa, Lee Kwang-soo juga disayangi peminat kerana peribadinya yang sentiasa disenangi.

Terbaru dalam episod ke-6 “Reap What You Sow”, Kim Woo-bin sebagai sahabat rapat telah mendedahkan perangai sebenar Lee Kwang-soo.

Lelaki itu berkata,

Kwang-soo memang tidak boleh untuk mengatakan ‘tidak’. Pada masa lalu, dia pernah mempunyai tiga temu janji untuk keluar minum dalam sehari. Dia tidak boleh mengatakan bahawa dia sudah ada temu janji dan hanya menerima jemputan seterusnya untuk keluar. Dia memang tak boleh bercakap ‘tidak’. Kemudian ketiga-tiga orang yang ajaknya itu mengkritiknya kerana dia datang lewat dan balik lebih awal.

Respon Lee Kwang-soo mengenai ini,

Jadi, Woo-bin menasihati saya untuk berlatih cakap ‘tidak’ pada orang. Dulu, dia pernah minta saya untuk datang ke sebuah pesta selepas tonton filem. Apabila saya bertanya sekiranya saya boleh datang ke pesta walaupun tidak pergi tonton filem itu, Woo-bin berkata ‘Tidak mengapa. Awak boleh datang’. Saya terus kata ‘Baiklah, saya akan pergi.’

Sebab tu ramai seronok berkawan dengan Lee Kwang-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...