Ikuti Kami:

Persembahan Terakhir, Kumpulan Wanita Terkenal Beri Petunjuk Bakal Bubar Tidak Lama Lagi?

Persembahan Terakhir, Kumpulan Wanita Terkenal Beri Petunjuk Bakal Bubar Tidak Lama Lagi?

Ala..betul ke ni?

Anugerah MAMA yang diadakan pada 28 November telah menampilkan persembahan-persembahan yang hebat daripada para artis yang hadir.

Namun, ketika persembahan yang dilakukan oleh satu kumpulan wanita ini, terdapat satu mesej yang seakan-akan memberi petunjuk kepada peminat bahawa kumpulan itu akan dibubarkan tidak lama lagi.

Kumpulan KEP1ER yang debut pada tahun 2022 merupakan kumpulan sementara yang dianggotai oleh 9 orang pemenang rancangan survival “Girls Planet 999”. Seperti kumpulan IOI, WANNAONE dan X1, KEP1ER juga hanya akan bersama untuk dua tahun setengah sahaja.

kep1er

Mengikut perancangan awal, kumpulan itu dijangka akan dibubarkan pada Julai 2024. Namun, rata-rata peminat mengharapkan agar mereka kekal bersama walaupun persembahan yang dilakukan oleh mereka di acara itu mengatakan sebaliknya.

Ketika persembahan mereka berlangsung, di skrin latar mereka telah tertulis,

Misi sudah selesai.

Para peminat mendapati bahawa mesej itu seakan-akan berkata bahawa persembahan itu merupakan persembahan terakhir mereka di anugerah MAMA dan kemungkinan untuk mereka meneruskan kontrak mereka bersama adalah mustahil.

Rasa macam baru saja kan dorang debut?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...