Ikuti Kami:

Persembahan BLACKPINK Dikritik Tak Setaraf Artis Lain Di Coachella, Peminat Tampil ‘Back Up’

Persembahan BLACKPINK Dikritik Tak Setaraf Artis Lain Di Coachella, Peminat Tampil ‘Back Up’

Meskipun telah mencipta sejarah baru sebagai artis Korea namun, persembahan BLACKPINK di Coachella telah meraih pelbagai reaksi dari orang ramai.

Baru-baru ini pada 16 April, BLACKPINK telah mencipta sejarah apabila mereka menjadi penyanyi Korea pertama yang membuat persembahan di pentas festival muzik Coachella sebagai artis utama.

Bagaimanapun, kontroversi mula tercetus apabila seorang pengkritik di Korea iaitu Kim Do-heon telah menulis ulasan mengenai persembahan BLACKPINK di festival muzik tersebut. Tulisnya,

Ia tidak sepatunya menjadi pentas untuk menunjukkan bahawa BLACKPINK cantik dan terkenal.

Kemudian, pengkritik muzik itu turut memberi komen mengenai nyanyian ahli Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa dengan menulis,

Berbanding dengan ramai penyanyi yang ‘all out’ di pentas Coachella, BLACKPINK tidak pernah berada di tahap penyanyi utama festival. Ia menjadi lebih baik pada separuh masa kedua tetapi nyanyian ahli pada mulanya, dengan ab-libs, adalah teruk. Mereka juga tidak menari dengan bersemangat seperti penari latar.

blackpink

Akhir sekali, Kim Do-heon menyatakan kekesalannya terhadap persembahan BLACKPINK di Coachella dengan berkata,

Mereka mensia-siakan pentas kegemilangan yang diimpikan oleh setiap pemuzik. K-Pop terlepas peluang untuk dipandang serius dalam pasaran global.

Namun begitu, peminat dan netizen yang lain rata-rata mempunyai pendapat yang sebaliknya dan memuji bahawa BLACKPINK telah melakukan yang terbaik di pentas muzik berkenaan. Antara komen yang ditulis,

Mereka benar-benar legenda!

 

Ha saya bukan peminat tetapi mereka adalah legenda. Mereka memang ‘gila’!

 

Saya sangat bangga dengan mereka. Persembahan BLACKPINK sangat ‘cool’!

 

Awak benar-benar perlu mengaku bahawa pentas mereka adalah legenda, saya hampir menangis menonton mereka ㅠ

 

Mereka sangat-sangat bersinar.

blackpink coachella

Apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...