Ikuti Kami:

Anggaran 250 Juta Penonton Di YouTube, BLACKPINK Gegar Pentas Coachella 2023

Anggaran 250 Juta Penonton Di YouTube, BLACKPINK Gegar Pentas Coachella 2023

Nampaknya, BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah baru sebagai artis Korea!

Terbaru pada 16 April, BLACKPINK telah mencipta sejarah apabila mereka menjadi penyanyi Korea pertama yang membuat persembahan di pentas festival muzik Coachella sebagai artis utama.

Meskipun persembahan mereka bermula agak lambat dari waktu yang dirancang namun, peminat tetap setiap menunggu dan bersorak dengan penuh bersemangat ketika ahli Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa membuka pentas dengan lagu “Pink Venom”.

Kemudian, mereka terus menggegarkan pentas dengan lagu “Kill This Love”, “How You Like That”, “Kick It” dan diikuti dengan persembahan solo oleh empat ahli BLACKPINK itu.

Dengan versi yang diubah suai dari persembahan di konsert jelajah mereka, peminat rata-rata kagum melihat setiap ahli dapat bersinar secara individu, dengan lagu solo mereka.

Apa yang lebih mengagumkan, menurut laporan Indie 505, persembahan BLACKPINK di Coachella 2023 pada minggu pertama ini telah mengumpul lebih 125,000 penonton di lokasi, mencipta rekod baru buat mana-mana artis setakat ini.

Selain itu menurut TechRadar, lebih 250 juta orang telah menonton secara langsung persembahan BLACKPINK di YouTube, mencipta sejarah hebat di Coachella.

Meluahkan rasa syukur buat semua yang memberi sokongan, Rosé berkata,

Ini adalah impian yang menjadi kenyataan bagi kami untuk menjadi artis utama dalam salah satu festival yang paling digemari di dunia. Kami berempat berada di sini adalah kerana awak semua.

Sementara itu, BLACKPINK akan turut membuat persembahan di Coachella pada 23 April nanti untuk minggu kedua.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...