Sukanya bila tengok selebriti rapat antara satu sama lain kan?
Sebelum ini, Hyuna telah memuat naik foto baru di laman Instagram, memaparkan persahabatan rapatnya bersama So-mi dengan mempunyai tatu yang sama.
Terbaru, Hyuna sekali lagi tidak segan untuk berkongsi hubungan erat antara mereka, dengan memberi sokongan buat kemunculan semula So-mi. Tulisnya,
Tahniah, Somi! Makan dengan baik dan tunjukkan kepada mereka semua yang awak susun dengan tekun!
View this post on Instagram
Bagaimanapun, netizen terkejut melihat satu video yang dimuat naik apabila kedua-dua wanita itu dilihat sedang berciuman di bahagian pipi dan di mulut.
Sementara itu, So-mi juga turut memberi teaser bahawa dia dan Hyu-na sedang dalam persediaan untuk satu ‘rahsia hot’ kini namun, masih belum boleh didedahkan lagi.
Wuu duet lagu baru ke tu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.