Ikuti Kami:

“Saya Cemburu..” – Video IU Cium Pelakon Wanita Thailand Ini Jadi Bualan Netizen

“Saya Cemburu..” – Video IU Cium Pelakon Wanita Thailand Ini Jadi Bualan Netizen

Merupakan duta global buat Gucci, IU sudah beberapa kali bekerjasama dengan jenama itu untuk pelbagai projek.

Terbaru pada 16 Mei, IU telah dijemput ke Pertunjukan Fesyen untuk Gucci yang diadakan di Istana Gyungbok, Korea Selatan.

Selain IU, ramai selebriti lain turut hadir memeriahkan acara itu seperti Hanni NewJeans, Lim Ji-yeon, Daiyan Trisha dan termasuklah pelakon popular Thailand, Davikah Hoorne.

Pada hari yang sama, Davikah telah menyiarkan satu video, di mana IU dilihat mencium pelakon Thailand itu selepas menerima ucapan hari lahir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by davikah (@davikah)

Untuk pengetahuan, kedua selebriti itu mempunyai tarikh kelahiran yang sama dan Davikah memberi ucapan kepada IU dengan menulis,

Kembar 16 Mei 💕 saya sayang awak @dlwlrma. Saya harap awak suka hadiah hari saya 🎁 Saya doakan yang terbaik untuk awak 🎂

Selepas video itu tersebar, netizen telah meninggalkan komen seperti,

Gila. Saya sangat cemburu.

 

Sangat jarang untuk melihat IU melakukan itu dan dia comel!

 

Saya taktau dah berapa kali saya ulang tonton video ini.

Dua-dua pelakon kegemaran min ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...