Ikuti Kami:

Pernah Tipu Sakit Kanser Demi Wang, Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

Pernah Tipu Sakit Kanser Demi Wang, Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

Kadang-kadang kita tidak dapat menduga pengakhiran hidup seseorang.

Terbaru, penyanyi trot Choi Seong-bong yang dahulu pernah menipu menghidapi kanser telah pun meninggal dunia selepas mengambil keputusan drastik dengan mengambil nyawanya sendiri.

Menurut balai polis Gangnam, penyanyi itu ditemui tidak bernyawa di rumah kediamannya di Yeoksam-dong pada pagi 21 Jun.

Sehari sebelumnya, Choi Seong-bong telah memuat naik satu nota bunuh diri di saluran YouTube,

Kalau kalian membaca entri ini, saya mesti dah mati. Saya sejujurnya mohon maaf pada semua yang terkesan dek kesalahan saya. Sepanjang dua tahun ini, saya bekerja keras untuk membayar balik kesemua wang derma yang diterima. Kini, saya akan menggunakan kematian bagi membayar semua jenayah yang dilakukan.

choi seongbong

Berdasarkan kondisi lelaki itu di tempat kejadian, wasiat dan nota berkenaan, pihak polis mempercayai bahawa Choi Seong-bong telah membunuh diri. Mereka juga sedang menyiasat keadaan keluarganya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi yang tidak mengetahui, Choi Seong-bong merupakan pemenang kedua program TV “Korea’s Got Talent 2011”. Pada 2021, dia terpalit kontroversi apabila menipu menghidapi kanser bagi mendapatkan sumbangan dari peminat.

Pada ketika itu, seorang pemilik YouTube telah menuduh Choi Seong-bong menggunakan duit yang diterimanya bagi membeli kereta import dan berseronok di kemudahan hiburan. Selepas tertangkap, lelaki itu menulis surat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya. Dalam masa yang sama, dia berjanji akan bekerja keras bagi membayar semula wang berkenaan.

Salam takziah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...