Wajah yang cerita tak semestinya menyimpan cerita bahagia sahaja. Ada kala orang yang sentiasa memberikan kegembiraan buat orang lain sebenarnya terseksa di belakang tabir.
Terbaru, seorang bekas model lumba kereta yang aktif sebagai pempengaruh ‘Imvely’ disahkan meninggal dunia selepas membunuh diri ketika siaran langsung minggu lalu.
Dengan nama sebenar Lim Ji-hye, mendiang dikatakan cuba mengambil nyawanya selepas mengadu tidak dibayar semasa menyertai siaran langsung ‘streamer’ lain. Selepas meluahkan perasaan, mendiang secara tiba-tiba membaca wasiat dan meminta bekas suaminay supaya menjaga kedua anak mereka dengan baik.
Kemudian, Imvely mengalihkan kamera dari wajahnya dan selepas 20 minit dapat dilihat paramedik memasuki biliknya. Menurut pendedahan ‘streamer’ lain, mendiang mengalami waktu yang sukar di hospital selain terkena dua kali serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia kelmarin.
Untuk pengetahuan, Lim Ji-hye pernah aktif sebagai model untuk majalah seksi ‘Maxim Korea’ sebelum berkahwin pada 2014. Pun begitu, dia bercerai pada 2018 dan memiliki dua anak perempuan hasil dari perkahwinan itu.
Sedihnya..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉