Ikuti Kami:

“Awak Tiada Cela..” – Pelakon ‘Snowdrop’ Kongsi Ucapan Buat Mendiang Park Suryeon

“Awak Tiada Cela..” – Pelakon ‘Snowdrop’ Kongsi Ucapan Buat Mendiang Park Suryeon

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian di penghujungnya. Cuma kita tak tahu, bagaimana asbab dan bila perkara itu akan terjadi.

Kelmarin, pelakon muzikal Park Su-ryeon disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga ketika pulang ke rumahnya. Akibat kejadian itu, wanita berusia 29 tahun tersebut mati otak dan meninggal dunia tak lama kemudian di hospital.

Daripada laporan media, keluarga mendiang juga memilih untuk menderma kesemua organ bagi mengenang kebaikan Park Su-ryeon semasa hayatnya.

Bukan sahaja rakan pelakon muzikal dan teater lain meninggalkan ucapan takziah, rakan dari drama “Snowdrop” juga tidak terlepas daripada mengingati mendiang. Antaranya ialah pelakon Jung Shin-hye di mana dia menulis di Instagram Story,

Wajah, nama, hati Yeong-in yang langsung tiada cela, Su-ryeon. Mesej yang dipenuhi luahan hati selepas penggambaran tamat. Betapa saya berterima kasih dengan kebaikannya. Saya tak akan lupa awak, Yeong-in. Kita berjumpa lagi nanti.

jung shinhye park suryeon

Dalam pada itu, mendiang dikhabarkan sepatutnya menyertai pentas muzikal di Jeju pada 13 Jun ini namun apakan daya, tiada siapa menyangka kejadian menyayat hati ini akan berlaku.

Salam takziah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...