Meskipun mencipta kejayaan bersama “The Glory” dan “Revenge Of Others” pada tahun lalu, siapa sangkan Shin Ye-eun melalui masa gelap beberapa tahun lalu.
Bintangi pelbagai drama sebelum ini, namun hanya mampu meraih rating bawah 1% sahaja, pelakon wanita tersebut pernah menangis teresak-esak pada rakannya, pelakon Moon Ga-young. Katanya dalam rancangan “Face ID” yang ditayangkan pada 2020,
Saya merasakan yang sekiranya ada apa-apa berlaku, semuanya adalah salah saya. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik, saya akan lakukan yang terbaik. Apabila anda bekerja dalam projek, banyka tanggungjawab anda kan? Ini kali pertama saya merasakan bebanan seperti ini. Sehingga zaman sekolah, saya menyertai lakonan kerana sukakannya. Tapi kini saya tidak boleh sewenang hati menyukainya lagi, saya mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Walau bagaimanapun, Shin Ye-eun berjaya mengubah nasib dengan “The Glory” apabila persembahannya sebagai pembuli yang langsung tiada simpati berjaya membuatkan ramai menyedari bakatnya sebagai pelakon.
Rezeki tu ada sahaja sebenarnya..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉