Hebat betul impak drama “The Glory” kepada Shin Ye-eun.

Tidak lama lagi, pelakon Shin Ye-eun bakal muncul sebagai tetamu dalam sebuah program berjudul “My Little Old Boy” iaitu pada 19 Mac ini.
Dalam rancangan tersebut, pelakon itu berjaya menambat hati para ibu di situ dan menerima pujian seperti ‘Cantiknya senyuman’ dan ‘Tingginya’. Malah, ibu Kim Jong-kook turut kagum apabila mendapat tahu bahawa Shin Ye-eun berasal dari Anyang dan merupakan bekas pelajar di Sekolah Menangah Seni Anyang.
Dalam video teaser yang dikeluarkan, Shin Ye-eun ada berkongsi impak selepas berlakon dalam drama “The Glory”,
Saya telah menerima mesej yang luar biasa dan pengikut saya di media sosial berkurang selepas membawa watak Park Yeon-jin ketika di sekolah menengah.
Pengacara Shin Dong-yeop beri respon,
Itu adalah kejayaan yang besar sebenarnya.
Betul lah tu. Terbukti bahawa watak yang dibawa Shin Ye-eun sebagai Park Yeon-jin dalam “The Glory” berjaya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉