Ikuti Kami:

“Saya Sentiasa Pegang Skrip..” – Shin Yeeun Kongsi Persiapan Untuk Drama Sejarah Pertamanya

“Saya Sentiasa Pegang Skrip..” – Shin Yeeun Kongsi Persiapan Untuk Drama Sejarah Pertamanya

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat lakonan Shin Ye-eun dalam drama bersejarah!

Bagi yang belum tahu, Shin Ye-eun akan terajui drama bersejarah “Romantic Guest House”, bergandingan dengan pelakon Ryeoun, Kang Hoon dan Jung Gun-joo.

Untuk pengetahuan, “Romantic Guest House” ialah sebuah drama percintaan misteri yang mengisahkan tentang empat remaja termasuk Yoon Dan-oh (Shin Ye-eun), pemilik rumah tamu Yihwawon yang bebas daripada stereotaip, dan tiga pelajar asrama yang menyimpan rahsia.

Terbaru ketika sesi temu bual yang dilakukan bersama Shin Ye-eun, dia berkongsi persiapannya untuk berlakon drama genre sejarah pertamanya ini,

Saya masih ingat ketika saya pegang skrip sepanjang hari, untuk mempersiapkan segala butiran.

Tambahnya lagi,

Saya memberi perhatian kepada intonasi, dialog dan sebutan semua perkataan yang sesuai untuk drama bersejarah ini.

shin yeeun

Kemudian, Shin Ye-eun menjelaskan mengenai daya tarikan wataknya sebagai Yoon Da-oh dalam drama itu,

Saya ingin menjadi seperti watak itu. Dia adalah seorang yang menawan dan bijak. Selain itu, Yoon Da-oh adalah seorang yang sesuai dalam mana-mana persekitaran dan akan disayangi oleh semua orang. Saya rasa penonton akan menyayanginya.

Nantikan “Romantic Guest House” bakal ditayangkan pada 20 Mac ini di SBS dan Viki!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...