Ikuti Kami:

“Pernah Ke Song Hyekyo Nampak Tak Cantik?” – Park Jiah Dari ‘The Glory’

“Pernah Ke Song Hyekyo Nampak Tak Cantik?” – Park Jiah Dari ‘The Glory’

Lakonan Park Ji-ah dalam “The Glory” memang tidak dinafikan telah memberi impak hebat kepada plot drama tersebut.

Baru-baru ini, Park Ji-ah telah terlibat dengan temu bual, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak di sebalik tabir penggambaran drama “The Glory”.

Untuk pengetahuan, Park Ji-ah memainkan watak Jung Mi-hee dalam drama tersebut, merupakan salah satu watak yang merosakkan kehidupan Moon Dong-eun meskipun dia adalah ibunya. Selain itu, dia juga mempunyai masalah ketagihan alkohol dan susah untuk mengawal kemarahannya.

Ketika sesi temu bual, Park Ji-ah berkongsi mengenai perubahan terbesar dalam kehidupannya selepas kejayaan “The Glory”. Dia berkata,

Fakta bahawa saya sedang melakukan temu bual dan ramai orang mengenali saya. Walaupun saya sedang berjalan di jalan, sepasang suami isteri mengenali saya. Beberapa orang di pasar itu menghalang saya dan berkata ‘Saya seronok menonton drama itu’.

park jiah the glory

Kemudian, pelakon wanita itu turut kagum dengan lakonan Song Hye-kyo dalam drama tersebut dengan mendedahkan,

Apabila semua kru bergerak di set dan Hye-kyo berdiri menahan emosinya, ia seperti seorang wanita berdiri dalam hutan dengan angin bertiup, merenung lurus ke hadapan. Ketika saya melihatnya, saya fikir ‘Oh, dia akan menjadi Dong-eun’.

Sambungnya lagi,

Saya melihat skrin dan apabila dia berkata ‘Jangan senyum seperti itu’, saya fikir ‘Adakah Song Hye-kyo pernah menjadi buruk?’ Dia adalah Song Hye-kyo paling buruk yang pernah saya lihat tetapi pada masa yang sama, dia adalah yang paling cantik.

Itulah, Song Hye-kyo memang 24 jam cantik je.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...