Ikuti Kami:

Pernah Jalinkan Hubungan Percintaan? Jungkook BTS Dilapor Beri Hadiah Beg Tangan Mewah Pada Lee Yubi

Pernah Jalinkan Hubungan Percintaan? Jungkook BTS Dilapor Beri Hadiah Beg Tangan Mewah Pada Lee Yubi

Hubungan romantik di antara Jung-kook BTS dan Lee Yu-bi tular.

Pada 13 Februari, seorang bekas wartawan telah mendedahkan bahawa Jung-kook BTS dan pelakon Lee Yu-bi telah menjalinkan hubungan percintaan sehingga Mei tahun lalu.

Katanya,

Saya dah bersuara tentang isu ini sejak dua tahun yang lepas, Jung-kook merupakan bintang terkenal jadi dia perlu berhati-hati. Namun, jika kita lihat dari bukti-bukti yang ada, mereka pernah menjalani hubungan percintaan sehingga Mei tahun lalu.

Malah, percintaan di antara kedua-dua selebriti ini dikatakan bermula kerana hubungan mereka bersama dengan syarikat Kumuda, tempat dimana Jung-kook sering menghulurkan wang derma.

Wartawan itu turut mendedahkan bahawa pasangan tersebut sering didapati memakai ‘couple item’ dan Jung-kook turut menghadiahkan sebuah beg tangan mewah kepada pelakon wanita tersebut.

jungkook-lee-yubi-

Wartawan itu berkata,

Satu ‘review’ yang dibuat dengan menggunakan ID Jung-kook telah dimuat naik di satu laman membeli belah atas talian. Di mana, ahli BTS itu telah didapati membeli sebuah beg tangan mewah.

Tambahnya,

Selang beberapa hari, Lee Yu-bi telah memuat naik gambarnya bersama beg tangan mewah sama seperti yang dibeli oleh Jung-kook di Instagram miliknya.

jungkook lee yubi handbag

Dalam masa yang sama, sehingga kini agensi Jung-kook dan Lee Yu-bi masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.

Korang rasa betul ke tak ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...