Ikuti Kami:

Terima Anugerah Pelatih Elit, Agensi Larang Peminat Hadir Di Kem Tentera RM, V, Jimin & Jungkook BTS

Terima Anugerah Pelatih Elit, Agensi Larang Peminat Hadir Di Kem Tentera RM, V, Jimin & Jungkook BTS

Pada 16 Januari, video yang menunjukkan RM dan V BTS menerima anugerah pelatih elit pada majlis penamatan latihan asas telah dikongsi di sosial media.

Di mana dalam video tersebut, RM dan V berdiri berdampingan secara formal untuk menerima anugerah tersebut.

Malah pada hari sebelumnya, agensi BTS iaitu Big Hit Music telah mengeluarkan notis rasmi di platform komuniti peminat, Weverse.

Kata mereka,

RM, Ji-min, V dan Jung-kook akan menamatkan latihan asas mereka, jadi kami harap peminat tak akan melawat kem latihan tersebut di atas faktor keselamatan.

rm v bts

Agensi itu menambah,

Kawasan itu ialah tempat yang digunakan oleh askar, jadi jika sejumlah besar surat dan hadiah dihantar ke sana, ianya akan menyukarkan mereka untuk menyimpannya.

Sementara itu, RM dan V sudah menamatkan latihan asas mereka. Manakala, latihan bagi Ji-min dan Jung-kook akan tamat pada 17 Januari ini.

Tak lama je lagi mereka dah nak keluar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...