Perjelas Isu ‘Sexist’, Kang Daniel Muat Naik Permohonan Maaf
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Kang Daniel baru-baru ini membuat permohonan maaf atas kenyataan terhadap peserta “Street Women Fighter”. Eh? Kenapa pula…
Artikel Berkaitan
Penyanyi itu baru-baru ini dikritik hebat oleh netizen atas kenyataan yang dibuatnya yang mana dia memberikan pandangan mengenai keselesaannya mengacarakan “Street Man Fighter” berbanding “Street Women Fighter” dan netizen menganggap kenyataan itu mempunyai unsur ‘sexist’.
Isu ini mula berbangkit daripada kenyataan Kang Daniel yang berbunyi,
Dan sejujurnya, ia sangat selesa kerana mereka semua lelaki. Saya gembira kerana tenaga saya tidak habis sepenuhnya daripada saya. Saya sangat takut pada mulanya, sebenarnya. Tetapi “Street Woman Fighter” lebih menakutkan.
Namun, kenyataan itu disalah erti oleh peminat apabila mereka mengambil ungkapan ‘energy-draining’ itu sebagai satu isu dan komen negatif terhadap peserta “Street Women Figther” kerana dia seolah-olah membezakan lelaki dan wanita.
Tambah Kang Daniel lagi, dia tidak berniat untuk membezakan jantina namun dia hanya menyatakan perasaan gementar ketika mengacarakan rancangan tersebut.
Namun, Kang Daniel tetap tampil menjelaskan niat sebenarnya dan menyekat mana-mana akaun yang cuba menimbulkan isu daripada ungkapan tersebut. Kang Daniel tampil membuat permohonan maaf melalui akaun rasmi Instagram miliknya.
Mungkin netizen terlalu sensitif dengan perkataan seperti itu, tapi bukan niat Kang Daniel untuk kritik mana-mana peserta pun kan?
Kita cuba positif okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.





