Ikuti Kami:

Kang Daniel Bakal Adakan Konsert Sulung Selepas 3 Tahun Debut Solo

Kang Daniel Bakal Adakan Konsert Sulung Selepas 3 Tahun Debut Solo

Kang Daniel bakal adakan konsert tidak lama lagi! Omoo!

Ikutan daripada pelancaran album terbarunya pada Mei lalu, malah turut muncul dalam “The Kelly Clarkson Show”, Kang Daniel kini dikhabarkan bakal mengadakan konsert “2022 Kang Daniel Concert First Parade In Seoul”.

Terbaru, agensinya sendiri Konnect Entertainment mengumumkan projek besar itu melalui akaun media sosial rasmi mereka. Konsert itu dikhabarkan bakal dijalankan di Jang-chung Gymnasium di Seoul pada 13 sehingga 14 Ogos akan datang.

Untuk pengetahuan, “First Parade” seperti yang tertera pada poster bermaksud bahawa ini merupakan festival yang pertama kali dibuka. “Parade juga turut disertakan dalam album Kang Daniel yang dilancarkan sebelum ini. kang danielMemandangkan pertemuan dengan peminat melalui konsert  telah ditangguhkan selama lebih dua tahun akibat COVID-19, pelbagai aspek yang dititikberatkan sebagai keutamaan. Dari peringkat perancangan, perhatian khusus diberikan kepada komunikasi yang menarik dengan penonton. Ia sekaligus menunjukkan nilai sebenar muzik Kang Daniel dan persembahan hebat.

Kang Daniel berkata,

Saya sangat merindui peminat dan saya gembira kerana akhirnya kami dapat bersama melalui konsert. Rasanya saya sudah cukup bersedia untuk ‘perform’ di atas pentas, jadi penonton perlu bersedia.

Akhirnya… lama sangat dah kan DANITY tunggu konsert ni? Peminat Kang Daniel kat Malaysia ni korang jangan terlepas tengok update online okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...