Ikuti Kami:

Perjelas Isu Buli, Agensi Umum Kim Garam Bakal Berehat Seketika Dari Promosi LE SSERAFIM

Perjelas Isu Buli, Agensi Umum Kim Garam Bakal Berehat Seketika Dari Promosi LE SSERAFIM

Selepas kontroversi buli melibatkan Kim Ga-ram, HYBE Labels telah mendedahkan posisi terbaru mengenai masa hadapan LE SSERAFIM.

Dalam kenyataan terbaru ini, agensi itu menjelaskan cerita di pihak gadis itu.

Hello, ini ialah HYBE/ Source Music.

Ini adalah kenyataan rasmi mengenai dakwaan tambahan dibangkitkan mengenai Kim Ga-ram dari LE SSERAFIM.

Pertama sekali, kami ingin meminta maaf buat peminat kerana menyebabkan kerisauan dek isu terbaru.

Agensi pada asalnya mengelak dari mendedahkan maklumat terperinci mengenai insiden ini kerana khuatir akan menyebabkan ia menjadi tatapan umum, terdapat pelajar yang turut terlibat dengan kejadian ini iaitu remaja bawah umur dan mungkin menyebabkan identiti serta media sosial mereka tersebar. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin berlebihan di laman komuniti dan atas talian mengatakan Kim Ga-ram ialah pembuli yang sering membuli rakan sekelas telah tersebar, jadi kami mahu menjelaskan mengenai tuduhan ini.

Sebelum penjelasan lanjut mengenai insiden itu daripada pihak kami, kami ingin menekankan mengenai kunci utama sesi Persatuan Penyelesaian Keganasan Sekolah berikutnya,

Klien Yoo Eun-seo dari firma guaman Daaeryun mengambil gambar rakan sekelas dalam bilik persalinan baju tanpa kebenaran dan berkongsi dengan rakan lain menerusi media sosial. (Fakta ini terdapat dalam rekod sesi itu.) Kim Ga-ram dan rakannya berasa marah dengan situasi ini dan berdepan dengan Yoo Eun-seo namun ketika pertemuan ini, tiada keganasan fizikal yang berlaku. Yoo Eun-seo mengakui kesalahannya, namun tidak menerima apa-apa hukuman. Yoo Eun-seo kemudian menuduh Kim Ga-ram dan yang lain sebagai pembuli dan dipanggil untuk satu perjumpaan. Disebabkan itu, Kim Ga-ram dan yang lain didenda.

kim garam le sserafim

Antara kunci utama yang ditekankan agensi ini,

  1. Kim Ga-ram tak pernah dipaksa berpindha sekolah tanpa sebab pasti.
  2. Kim Ga-ram tak pernah memukul rakan sekelas lain dengan pasu atau batu-bata.
  3. Kim Ga-ram tak pernah diiringi ke sekolah delam kereta polis dan tak pernah terlibat dengan pergaduhan beramai-ramai.
  4. Kim Ga-ram tidak pernah merokok atau minum di bawah umur.
  5. Kim Ga-ram tak pernah bercakap buruk mengenai artis lain.
  6. Kim Ga-ram tak pernah jadi pelatih di agensi lain dan tidak pernah dikeluarkan daripada pasukan pelatih tanpa sebab tak munasabah.

Dalam pada itu, HYBE mengambil peluang ini untuk memohon maaf atas kesalahan Kim Ga-ram pada masa lalu. Walaupun dia berdepan dengan rakan lain untuk melindungi rakan yang disakiti, tak sepatutnya dia melemparkan kata cacian dan ugutan.

Meskipun dibuli di sekolah selain mengalami buli siber ketika tahun pertama di sekolah menengah rendah, gadis itu terus bergerak ke hadapan bagi mencapai impannya. Pun begitu, agensi tersebut menyatakan bahawa Kim Ga-ram akan berehat sementara waktu daripada sebarang promosi bagi memberikan fokus secara mental dan emosi. Hingga dia sembuh, LE SSERAFIM akan bergerak sebagai 5 ahli sahaja kini.

Akhir sekali, HYBE memohon maaf pada peminat kerana menyebabkan kerisauan

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...