Ikuti Kami:

Kes Buli Kim Garam Kian Serius, Agensi Umum Penangguhan Aktiviti Seni LE SSERAFIM

Kes Buli Kim Garam Kian Serius, Agensi Umum Penangguhan Aktiviti Seni LE SSERAFIM

Sepertinya LE SSERAFIM kembali terpalit kontroversi apabila terdapat pendedahan baru mengenai kes buli Kim Ga-ram.

Awal minggu lalu, satu foto dokumen rasmi daripada persatuan keganasan sekolah telah berlegar-legar secara atas talian. Tajuk dokumen itu sepertinya menggambarkan notis tindakan disiplin itu dijatuhkan buat seseorang bernama Kim Ga-ram.

Pada 19 Mei, wakil guaman mangsa kejadian itu (“A”) telah mendedahkan kenyataan terperinci mengatakan bahawa dokumen itu adalah benar dan Kim Ga-ram didapati bersalah kerana keganasan di sekolah oleh persatuan tersebut pada 2018.

kim garam le sserafim

Firma guaman itu juga mengatakan “A” bukanlah individu yang memuat naik gambar Kim Ga-ram pada April nanti dan dia dibuli oleh rakan-rakan gadis itu serta orang tidak dikenali atas talian sejak HYBE memberikan kenyataan menafikan tuduhan selain menekankan bahawa Kim Ga-ram ialah mangsa buli sebenarnya. Menurut firma guaman itu, serangan atas talian itu membuatkan “A” mempunyai keinginan membunuh diri dan berhenti sekolah sehingga ibunya terpaksa berada di sisi selama 24 jam sehari untuk memastikan tiada apa yang buruk terjadi. Firma guaman tersebut turut menuduh HYBE merisikokan mangsa buat kali kedua dan ada menghubungi agensi tersebut namun tidak menerima sebarang respon.

Pihak mereka turut meminta HYBE untuk memohon maaf dan membetulkan kenyataan mengenai Kim Ga-ram ialah mangsa dan mengatakan bahawa “A” tidak mahukan wang tapi hanya mahukan namanya dibersihkan. Mereka juga meminta HYBE supaya mengikutnya, jika tidak mereka akan mendedahkan rekod penuh daripada persatuan keganasan sekolah dan mesej dipenuhi carutan dari Kim Ga-ram buat mangsa itu.

le sserafim

Respon agensi LE SSERAFIM,

Hello, ini Source Music.

Kami melakukan pengumuman mengenai jadual LE SSERAFIM untuk 20 Mei.

LE SSERAFIM tidak akan muncul dalam “Music Bank” (3 p.m.) atau menyertai acara video tanda tangan peminat yang dijadualkan pada hari ini.

Kami memohon maaf kepada peminat yang menanti.

Kami meminta anda memahami buat semua yang terpilih untuk menyertai rakaman latihan “Music Bank”.

Selain itu, kami akan menangguhkan acara tada tangan oeminat ke hari lain dan kami akan memberikan informasi lanjut buat peminat nanti.

Akhir sekali, kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan terhadap ahli LE SSERAFIM sejurus selepas selesai memerhatikannya.

Terima kasih.

Sama-sama kita nantikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...