Ikuti Kami:

Perigi Cari Timba, Ini Antara 5 K-Drama Popular Papar Kisah Si Gadis Mengejar Cinta Sejati

Perigi Cari Timba, Ini Antara 5 K-Drama Popular Papar Kisah Si Gadis Mengejar Cinta Sejati

K-Drama sangat popular dengan kisah percintaan yang sangat romantis.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama yang menunjukkan watak heroin tidak malu untuk mengejar cinta si lelaki.

Playfull Kiss 

“Playful Kiss” ialah sebuah K-Drama remaja yang menceritakan tentang kisah cinta sekolah menengah yang boleh membuatkan penonton berasa sangat teruja. Ia bermula apabila Oh Ha-ni, iaitu  seorang gadis yang tidak popular bercinta dengan Baek Seung-jo, seorang lelaki yang sangat popular di sekolah itu. Mungkin sudah jodoh, Oh Ha-ni dan bapanya terpaksa tinggal serumah dengan keluarga Baek Seung-jo.

Extraordinary You

“Extraordinary You” ialah sebuah K-Drama fantasi tentang seorang gadis cantik, Eun Dan-oh, yang mendapat tahu bahawa dia hidup dalam dunia komik dan semua orang adalah watak daripada buku komik. Penulis komik itu memberinya jalan cerita yang paling teruk kerana dia menghidap penyakit jantung dan sudah bertunang dengan orang yang sudah lama meminatinya.

Tetapi, dia mengambil keputusan sendiri untuk mengubah nasibnya dan bertemu dengan seorang pelajar yang tidak mempunyai nama. Disebabkan lelaki ini, dia boleh menyelamatkan dirinya daripada masalah cinta itu.

It’s Okay To Not Be Okay

Selain membuatkan penonton tersenyum kerana kecomelan watak dalam drama ini, ia juga pasti akan menyebabkan korang menangis teresak-esak. “It’s Okay To Not Be Okay” berkisarkan tentang Moon Gang-tae dan abangnya, Sang-tae, sering berpindah dari bandar ke bandar. Abangnya autisme dan telah menyaksikan pembunuhan ibu mereka.

Moon Gang-tae ialah seorang penjaga di wad psikiatri dan bertemu dengan seorang penulis buku kanak-kanak terkenal, Ko Moon-young, yang mempunyai Antisocial Personality Order. Ketiga-tiga mereka secara tidak sengaja telah menyembuhkan luka di hati masing-masing dan hal ini menjadikan cerita itu menyentuh hati ramai pihak.

Fight For My Way

“Fight For My Way” ialah drama persahabatan komedi yang berkembang menjadi hubungan romantis. Ko Dong-man merupakan bekas atlit taekwondo yang hebat manakala,  Choi Ae- ra hanyalah seorang penyambut tetamu. Mereka berdua adalah kawan baik tetapi tidak dapat bertahan dengan perangai satu sama lain. Selain itu, mereka sentiasa kelihatan kelam kabut bersama dan akan bertekak setiap kali berjumpa.

Namun, kedua-duanya mempunyai masalah untuk mengejar impian mereka kerana banyak masalah kehidupan yang menghalangnya.

Touch Your Heart

“Touch Your Heart” menerangkan kisah seorang pelakon terkenal, Oh Jin-shim, yang terperangkap dalam skandal. Hal ini telah membawa kepada kemerosotan kerjayanya. Selepas banyak percubaan untuk memulih kembali kerjayanya, dia dapat memainkan watak sebagai setiausaha dalam sebuah drama. Akan tetapi dia memerlukan latihan yang betul untuk watak itu.

Oleh itu, dia terpaksa bekerja sebagai setiausaha untuk seorang peguam bernama Kwon Jung-rok. Tidak lama kemudian, dia mula rasa jatuh cinta dan cuba untuk memenangi hati peguam itu.

Mana satu yang korang dah tengok?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...