Ikuti Kami:

Dari Romantik Ke Misteri, WAJIB Tonton 5 K-Drama Ini Cerita Kisah Percintaan Di Kolej

Dari Romantik Ke Misteri, WAJIB Tonton 5 K-Drama Ini Cerita Kisah Percintaan Di Kolej

Pengarah drama Korea sangat kreatif. Ada sahaja karya luar biasa yang akan mereka keluarkan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama tentang kisah percintaan di kolej, yang bikin korang tersenyum dari awal sehingga ke episod terakhir. 

My ID Is Gangnam Beauty 

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Kang Mi-rae, dia memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik selepas bertahun-tahun dibuli kerana penampilannya yang buruk. Pembedahan itu akhirnya berjaya, tetapi hal ini telah terbongkar dan orang ramai tahu akan kebenaran di sebalik kecantikannya. Tekanan untuk menjadi ‘gadis cantik’ mula menimpanya dan lebih teruk lagi, ada yang mengejeknya sebagai ‘raksasa pembedahan plastik Gangnam’.

Kang Mi-rae cuba memulihkan harga dirinya apabila dia mengenali bekas rakan sekelas semasa di sekolah menengah iaitu, Do Kyung-seok.

 Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Tidak seperti watak heroin K-Drama yang lain, Kim Bok-joo merupakan atlit angkat berat. Kim Bok-joo mengimpikan untuk berada di pentas Olimpik dan kemudian dia bertemu, Jung Joon-hyung. Selepas beberapa insiden, mereka menyedari bahawa mereka adalah kawan baik semasa zaman kanak-kanak. Sekarang, adakah persahabatan zaman kanak-kanak ini akan bertukar kepada cinta, atau adakah kerjaya mereka akan menghalang percintaan terbabit?

Go Back Couple

Kalau korang suka K-Drama yang saspen dan dalam masa yang sama ada aspek romantik serta emosi, “Go Back Couple” merupakan drama terbaik untuk ditonton. Drama ini bermula dengan satu pasangan yang sudah 38 tahun berkahwin tetapi tidak pernah merasa bahagia. Choi Ban-do merupakan seorang yang bekerjaya dan Ma Jin-joo pula ialah suri rumah yang kurang yakin dengan diri sendiri.

Hari-hari berlalu, kedua-duanya menyesal kerana berkahwin antara satu sama lain. Suatu hari, mereka bangun dan mendapati berada dalam diri mereka yang berusia 20 tahun. Kini, mereka diberi peluang lagi untuk bercinta semula.

Heartstrings 

Kisah “Heartstring” bermula apabila seorang lelaki kacak iaitu Lee Shin, mempunyai cita-cita untuk membuat muzik moden, manakala Lee Kyo-won pula sedang berusaha mendapatkan ijazah dalam kursus instrumen tradisional Korea. Cita-cita mereka berdua  sangat berbeza, bagai langit dengan bumi. Selain itu, Lee Shin merupakan vokalis sebuah kumpulan yang cukup popular di universiti itu.

Lee Kyo-won terpaksa untuk menghadiri konsert Lee Shin kerana paksaan oleh kawan-kawannya. Disebabkan ini, dia terpikat dengan penampilan serta suara Lee Shin.

Police University

Ini bukan drama universiti percintaan biasa sebaliknya ia melibatkan misteri dan saspens.  Drama ini bermula apabila Kang Seon-ho terserempak dengan seorang gadis judo yang sangat periang, Oh Kang-hui, dan jatuh cinta pada pandangan pertama.

Kang Seon-ho menetapkan matlamatnya untuk masuk ke universiti yang sama dengan wanita itu dan dia berakhir di sebuah universiti polis. Drama ini sangat menarik dan akan membuatkan korang tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...