Ikuti Kami:

Perhatian Seonhohada! Kim Seonho Bawa Perjumpaan Peminat Ke Kuala Lumpur Ogos Ini

Perhatian Seonhohada! Kim Seonho Bawa Perjumpaan Peminat Ke Kuala Lumpur Ogos Ini

Berita baik untuk Seonhohada di Malaysia! Pelakon lelaki kesayangan ramai itu disahkan bakal hadir ke negara kita buat pertama kali tak lama lagi.

Menerusi entri yang dimuat naik syarikat pengurusan acara PULP Live World, perjumpaan peminat ‘The 2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR <ONE, TWO, THREE. SMILE>’ bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 18 Ogos ini.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenai penjualan tiket untuk acara ini lagi.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...