Jung Kyung-ho dan Soo-young SNSD telah didapati meluangkan masa bersama dengan menonton teater “The Cherry Orchard”.
Pasangan bahagia ini telah dilihat hadir ke persembahan teater “The Cherry Orchard” untuk memberi sokongan kepada pelakon Jeon Do-yeon.
Terlebih dahulu, Jung Kyung-ho pernah berkerjasama dengan Jeon Do-yeon dalam drama terkenal tvN, “Crash Course In Romance”.
Kemunculan tidak dijangka pelakon lelaki itu bersama teman wanitanya ke persembahan tersebut sekaligus telah menjadi perhatian ramai.
[040624] Sooyoung at LG Arts Centre after Jeon Doyeon’s play ‘The Cherry Orchard’ with Jung Kyungho#SOOYOUNG #최수영 pic.twitter.com/QyX27Ndv2x
— for Sooyoung Choi: (@sooyoungnews) June 4, 2024
Hampir 12 tahun bercinta, pasangan bahagia ini sudah berani dan yakin untuk mempamerkan hubungan mereka di khalayak ramai.
Malah, selain dari dilihat menonton teater, Jung Kyung-ho dan Soo-young juga sebelum ini telah didapati pergi bercuti bersama di luar negara.
Comelnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.