MBC telah mengesahkan bahawa Jung Kyung-ho akan kembali dengan drama “Labor Attorney Noh Mu-jin”.
Dijadualkan untuk ditayangkan pada 2025, “Labor Attorney Noh Mu-jin” merupakan drama fantasi komik hiper-realistik yang mengisahkan tentang seorang peguam buruh yang mempunyai kebolehan untuk melihat hantu.
Dalam drama ini, Jung Kyung-ho akan memegang watak sebagai Noh Mu-jin, seorang peguam buruh yang menyelesaikan semua kes yang diterimanya dengan bantuan dan arahan dari entiti ghaib.
Dikenali dengan lakonannya dalam drama hit terkenal seperti “Crash Course In Romance” dan “Hospital Playlist”, kepulangan Jung Kyung-ho ke MBC selepas 8 tahun sejak “Missing Nine” telah menambahkan lagi jangkaan penonton.
Kini, rata-rata peminat sudah tidak sabar lagi untuk melihat lakonan hebat pelakon itu sebagai seorang peguam dalam “Labor Attorney Noh Mu-jin”.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.