Ikuti Kami:

Pergi Selamanya, IU Tanggung Duka Ucap ‘Selamat Tinggal’ Buat 4 Sahabat Karib

Pergi Selamanya, IU Tanggung Duka Ucap ‘Selamat Tinggal’ Buat 4 Sahabat Karib

IU terpaksa menanggung kesakitan selepas kehilangan rakan-rakan tersayang.

Baru-baru ini, industri hiburan digemparkan dengan berita kematian pelakon Lee Sun-kyun dan mengikut laporan media, IU telah hadir memberi penghormatan terakhir pada lewat malam selepas kesemua wartawan pulang.

Terlebih dahulu, kedua-dua mereka telah memegang watak utama di dalam drama “My Mister” dan IU juga pernah mendedahkan bahawa Lee Sun-kyun merupakan salah satu pasangan berlakon yang terbaik buat dirinya.

Namun, ini bukan kali pertama IU perlu mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman rapatnya.

Pada 18 Disember 2017, Jong-hyun SHINee telah menamatkan hidupnya sendiri dan semasa pengebumian ahli SHINee tersebut dijalankan, IU telah hadir dengan mata yang bengkak dan tidak dapat menahan kesedihannya sambil ditemani oleh pengurusnya.

iu jonghyun

Hubungan persahabatan di antara kedua-dua penyanyi ini sudah lama diketahui ramai. Malah, IU juga turut mendedahkan bahawa dia sering mengingatkan Jong-hyun untuk sentiasa menjaga dirinya.

Namun begitu, Jong-hyun lebih memilih untuk melarikan diri daripada tekanan hidup yang berat dan meninggalkan keluarga serta rakan-rakannya.

Tidak berhenti di situ, pada tahun 2019 dalam tempoh masa sebulan, IU terpaksa merelakan pemergian dua sahabat karibnya iaitu Sulli dan Goo Ha-ra selepas kedua-dua mereka mengambil langkah yang sama dengan menamatkan hidup mereka disebabkan oleh kemurungan.

iu friends

Disebabkan ini, IU telah meluahkan perasaan sedihnya di dalam dua buah lagu yang ditujukan khas buat Sulli iaitu “Peach” dan “Red Queen”.

Kesian IU kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...